TAA kekal sebagai ikon bantuan kepada masyarakat Melayu/Islam

Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) kekal sebagai ikon dan mempunyai jenama yang dekat di hati masyarakat Melayu/Islam di Singapura setelah 32 tahun ia ditubuhkan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. Peranan TAA sebagai jentera bantuan kepada keluarga dan individu memerlukan di ambang musim perayaan tetap diiktiraf meskipun […]

Habuan TAA 2024 lebih tinggi kepada penerima bantuan

Dilahirkan tanpa lutut dan betis serta pembangunan tulang paha yang terbantut, Cik Nuralysya Abdul Hamid, pesakit sindrom femoral facial, merupakan antara penerima bantuan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun 2024. Cik Nuralysya, 21 tahun, juga berbibir sumbing yang turut menjejas pertuturannya, tinggal di flat dua bilik bersama ibunya yang berkerusi roda. Tahun ini, beliau dipilih menjadi […]

Kempen Ramadan TAA sasar kumpul $1.3j, bantu lebih 3,100 penerima

Kempen Amal Ramadan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 2024 dilancarkan pada 8 Mac dengan sasaran mengumpul sejumlah $1.32 juta untuk membantu lebih 3,100 individu memerlukan. Kempen itu, yang diadakan buat kali ke-32, dilancarkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam satu majlis di Grand Dahlia, […]

TAA bakal agih lebih $1.14 juta kepada 3,281 penerima bantuan; jumlah terbesar dalam 10 tahun

Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan S$1,148,350 kepada 3,281 pemohon yang diluluskan pada 16 Mei ini – jumlah tertinggi yang diagihkan sejak 10 tahun lalu. Jumlah tersebut sebahagian besarnya hasil sumbangan orang ramai melalui konsert Sinaran Hati pada lewat tahun lalu.Setiap penerima akan mendapat S$350 seorang, kata TAA dalam kenyataannya hari ini (12 […]

Kutipan dana TAA cecah $1.3 juta secara online (29 Ramadan), agihan kedua menerusi Dana Darurat

Meskipun terpaksa mengutip derma tanpa wadah-wadah tradisional yang digunakannya sejak sekian lama, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini berjaya meraih kutipan derma S$1.3 juta, menurut badan itu pada Jumaat (22 Mei. 29 Ramadan). TAA dalam kenyataan medianya hari ini turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan satu lagi pusingan agihan dana kepada para penerima bantuan. Diberi nama […]

TAA agih dana tambahan $331,600

DANA Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) akan mengagihkan dana tambahan $331,600 buat para penerima bantuannya hari ini. Dengan dana tambahan ini, TAA telah mengagihkan sekitar $1.48 juta – termasuk $1.15 juta yang sudahpun diagihkan pada Mei lalu di bawah Dana Aidilfitri TAA – sepanjang tahun ini. Ia merupakan pengagihan dana tertinggi dalam sejarah 28 tahun […]